ANGGIE BUSANA telah dizahirkan pada 1 Ogos 2012 bagi memenuhi citarasa kaum wanita secara amnya dan muslimah secara khususnya dari segi pemilihan pakaian yang bercorak kaftan, baju kurung, blaus serta kain tudung dan aksesori wanita seperti kerongsang, subang, gelang dan cincin.
Kami menjual pakaian dan aksesori pada harga yang berpatutan sesuai dengan matlamat kami agar golongan muslimah/wanita dapat memakainya tanpa memberi bebanan kepada poket mereka. Ia juga selaras dengan konsep memudahkan pembelian kepada semua pada harga yang ditawarkan. Pembelian secara online juga disediakan dengan syarat kami dihubungi terlebih dahulu dengan memberi segala butiran pembeli dan bayaran dibuat secara terus kepada bank melalui no. akaun kami. Kami juga menerima tempahan dari kalangan mereka yang ingin menempah pakaian dari kami. Kos penghantaran termasuk dalam kos barangan yang dikenakan.
Anggie Busana beroperasi hari Isnin hingga Sabtu dan dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 9.45 malam. Kawasan kedai mempunyai parkir yang mencukupi untuk parking kereta dan jalan yang luas. Terdapat juga restoren, kedai kek, spa, pusat servis dan mencuci kenderaan untuk para pelanggan jua. Kedai kami boleh diakses melalui Lebuhraya Silk Kajang berhampiran Tol Sg Ramal serta dari Seksyen 7 Bangi...
Pakaian kami sebahagian besar diperolehi dari Indonesia dan kini dipenuhi dengan stok dan koleksi terbaru. Jahitannya yang kemas dan rapi serta kelembutan materialnya pasti akan menarik kaum muslimah untuk memakainya..bak kata pepatah alah membeli menang memakai tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa harga pakaian kami di ANGGIE BUSANA amat berpatutan dan selesa untuk dipakai.
Kami mengamalkan prinsip pelanggan diuatamakan dan justru itu setiap pelanggan mendapat perhatian yang wajar dari kami. Kami berpuashati dengan para pelanggan jika mereka berpuashati dengan pembelian mereka. Sebarang ketidakpuasan hati jika adapun terhadap perkhidmatan kami kepada para pelanngan kami akan selesai dengan cara yang baik dan sebarang masalah berhubung dengan pakaian yang dibeli dapat dirujuk kepada wakil jualan atau kepada pengurus busana..
No comments:
Post a Comment